Friday, October 26, 2007

Teori kedua Mac Gee

Mac Gee (1971) telah merumuskan tiga teori berdasarkan pengalaman perbandaran yang telah berlaku di barat. Teori kedua beliau yang menganggap bahawa Bandar sebagai faktor pendorong ekonomi kerana terdapat banyak peluang pekerjaan yang terhasil. Tanpa ekonomi Bandar sukar berkembang dan tanpa sumber-sumber yang membantu memperkembangkan ekonomi, ia juga akan member kesan terhadap perkembangan sesebuah Bandar. Dalam hal ini perkara yang membantu dalam perkembangan ekonomi sebagai contoh sumber bahan mentah, bank, jalan perhubungan dan bangunan sebagai tempat menguruskan kegiatan ekonomi itu. Kesan dari ini adalah ia telah merosakkan infranstruktur dan melemahkan pembangunan setempat.seperti yang dapat dilihat kesan dari banjir telah menguraangkan migrasi masuk dan sebaliknya berlaku.kedai yang banyak ditutup telah mengurangkan peluang pekerjaan dan bank yang kebanyakannya rosak melemahkan pengurusan kewangan. Selain itu penduduk begitu memerlukan kemudahan asas seperti pendidikan, perkhidmatan, dan sebagainya. Banjir yang telah berlaku di Kota Tinggi telah menyebabkan tempat berkembangnya institusi pendidikan dijadikan sasaran sebagai tempat tinggal. Begitu juga dalam bahagian perkhidmatan, ini telah dinyatakan sendini oleh En. Zainuddin yang mengatakan kesemua institusi perkhimatan seperti pejabat daerah, bomba, polis dan sebagainya begitu kalut kerana banjir yang melanda dan kerana itulah berlaku banyak masalah dan ianya telah diatasi secara berperingkat.

pengetahuan am tentang urbanisasi

Bandar amat penting kepada umat manusia kerana fungsinya sendiri dappat membantu manusia dalam melakukan aktiviti harian dengan lebih mudah. Antara fungsi Bandar yang menyebabkan penduduk tertari dan sering menjadikannya tempat tinggal yang tetap ialah Bandar itu sendiri adalah moden dan dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap seperti komunikasi, massa, pendidikan, keperluan asas seperti air, makanan dan sebagainya. Bandar juga boleh dikatakan sebagai enjin yang menjana dan menggerakkan pembangunan sesebuah Negara. Ia memberi impak yang berbeza terhadap penduduk sekitarnya berbanding penduduk luar Bandar.isu yang sering membantutkan perkembangan sesebuah Bandar tidak terkira banyaknya. Dalam blog ini saya ingin memperkatakan tentang isu banjir yang telah melanda Kota Tinggi dan kesannya terhadap Kota Tinggi.

Wednesday, October 24, 2007


Siapakah yang banyak membantu dalam pembangunan semula Bandar Kota Tinggi

Respondan dari penduduk mengatakan bahawa kebanyakan bantuan yang sampai kepada mereka datang dari pihak kerajaan. Ini seperti yang telah dijelaskan oleh wakil kepada pegawai daerah Kota Tinggi yang mengatakan kerajaan telah memperuntukan jutaan ringgit dalam membantu penduduk kembali menjalankan aktiviti harian seperti biasa selain membawa pembangunan dan memperbaiki infranstruktur yang rosak dan meluaskan sungai Johor. Sumbangan lain pula ada juga yang disampaikan oleh orang perseorangan,b adan-badan NGO serta pihak swasta.

Hasil dari kajian kami sepanjang di kota tinggi.
Sepanjang di kota tinggi,beberapa objektif kami telah tercaoai dan berikut kami sertakan hasil kajian kami:-

1. Sebanyak 70% dari dari sebahagian penduduk yang kami telah temubual memberi respondan yang mengatakan pembangunan di sekitar Kota Tinggi kembali berjalan dengan pesat. Ini terbukti dengan pembinaan dan pembaikan kembali jalan-jalan kampong, pembaikan bangunan-bangunan yang telah mengalami kerosakan serta pembinaan Famili Mart yang baru sahaja dibuka. Ini menunjukkan bahawa walaupun banjir telah melanda kawasan-kawasan di sekitar Kota Tinggi, pembangunan masih lagi berjalan seperti biasa dan kebajikan penduduk sekitarnya tidak terabai. 25% dari penduduk di sekitar Bandar Kota Tinggi tidak bersetuju. Ini mungkin juga kerana mereka tidak tergolong dalam orang yang mendapat manfaat dari pembangunan yang diterima sebagai contoh penduduk-penduduk di kawasan yang agak terpencil. 5% lagi penduduk tidak pasti samada pembangunan di sekitar Kota Tinggi kembali berjalan dengan pesat ataupun tidak.

2. 100% respondan kami juga bersetuju bahawa pihak kerajaan telah melakukan banyak perkara dalam membangunkan semula Kota Tinggi selepas banjir dan seterusnya menarik pelancong,seperti mengecat semula bangunan-bangunan disekitar Bandar,mengindahkan semula jalan disepanjang sungai Johor dan mendalamkan lagi muara sungai tersebut dan sebagaiya.

3. 100% respondan kami juga telah bersetuju bahawa tindakan pantas kerajaan serta badan-badan lain dalam membangunkan semula Kota Tinggi terutamanya membaiki semula jalan-jalan yang terus rosak membantu mereka dalm membaiki semula kehidupan mereka kerana dapat terus berhubung dengan dunia luar.

Saturday, October 13, 2007

Bukti-bukti antara usaha kerajaan ke arah pembangunan yang mampan di daerah Kota Tinggi

Pelbagai usaha dan bantuan telah disalurkan kepada penduduk di daerah Kota Tinggi. Antaranya seperti membantu dalam menyalurkan wang bagi mangsa banjir untuknmeneruskan hidup mereka. Selain itu bantuan makanan dan pakaian juga disalurkan kepada mereka. Mungkin bantuan ini masih tidak mampu untuk menstabilkan hidup mereka namun sekurang-kurangnya ia telah dapat mengurankan beban yang dialami oleh mereka akibat dari banjir ini.

Usaha ini sahaja tidak mungkin dapat mengembangkan daerah Kota Tinggi dan membantu penduduk di sekitar Kota Tinggi. Oleh itu kerajaan sendiri telah memikirkan usaha-usaha lain bagi membantu penduduk untuk mengurangkan beban mereka sekaligus dapat memulihkan kembali keadaan di daerah Kota Tinggi seperti sedia kala. Ini bagi memacu mereka kea rah pembangunan mampan dan berkesan agar tidak ketinggalan jauh dalam keadaan negara yang sedang pesat membangun. Antara usaha-usaha kerajaan dalam membantu ke arah ini adalah seperti:



KERAJAAN MEMBANTU SERTA MENGURANGKAN BEBAN PENIAGA DENGAN MENAIKTARAF GERAI KEPUNYAAN PENDUDUK.


Dalam usaha meneruskan pembangunan RMK-9, kerajaan tidak dapat tidak telah membantu golongan peniaga dalam mengembangkan dan mengurangkan beban kerugian mereka akibat dari banjir yang melanda baru-baru ini. Ini telah ditunjukkan sendiri oleh mereka mengeluarkan tender kepada kontraktor-kontraktor untuk membangunkan kembali tapak-tapak perniagaan yang sebelum ini telah musnah akibat banjir. Antaranya seperti:

Membaikpulih gerai dan Pasar Sedih Besar, K.T.
Menaiktaraf gerai medan selera Sanggar Kota.
Menaiktaraf gerai runcit di pasar awam, K.T.

KERAJAAN MEMBANTU DALAM MEMPROMOSIKAN KOTA TINGGI SEBAGAI KAWASAN PELANCONGAN.

Setiap apa yang dilakukan adalah saling berkait. Dengan menaiktaraf tempat-tempat sebegini, kerajaan juga secara tak langsung telah mempromosikan Kota Tinggi sebagai tempat pelancongan. Di sini telah menunjukkan sendiri betapa pembangunan Bandar dapat membantu dalam proses urbanisasi. Faktor ini amat penting dan merupakan faktor penyumbang terbesar kearah proses urbanisasi. Antara usaha kerajaan ke arah mempromosikan Kota Tinggi ialah dengan:

Membina sebuah pusat membeli-belah yang baru sahaja dibuka.
Menaiktaraf pejalan kaki dan lampu taman di Dataran Kota.
Menaiktaraf pencahayaan di Taman di Laman Tun Sri Lanang.

KESIMPULAN

Oleh yang demikian pembangunan setempat tak kira dari apa segi tetap memberikan sumbangan yang besar ke arah membantu dalam proses urbanisasi. Ini adalah antara faktor kenapa kerajaan begitu mengutamakan pembangunan semula di Kota Tinggi dengan kadar segera agar ia tidak ketinggalan sejajar dengan WAWASAN 2020 yang bakal menjelma. Tanpa sumbangan dan usaha sebegini matlamat negara mungkin terbantut dan tidak tercapai seperti yang diinginkan. Kita sendiri tidak ingin melihat matlamat yang sering diperkatakan hanya sekadar menjadi angan-angan yang tidak berkesudahan. Namun ia perlu juga dikawal kerana factor besar yang membawa kepada berlakunya banjir turut disumbangkan oleh pembangunan yang tidak terkawal. Sebagai contoh projek penambakan laut di muara Sungai Johor. "Penambakan di kedua-dua pulau berkemungkinan menyebabkan laluan air sungai tersekat di muara dan jika berlaku hujan lebat di kawasan pedalaman, maka air yang kebiasaannya boleh keluar dengan lancar akan terhalang. Ini menunjukkan bahawa aktiviti pembangunan yang tak terkawal boleh membawa kepada bencana yang tidak disangka. Selain itu, projek-projek penambakan kawasan-kawasan hutan bakau di tebing-tebing sungai untuk tujuan pembangunan dikawal, kerana pokok-pokok bakau itu mempunyai fungsi menyerap air hujan.Oleh itu semua orang perlu prihatin dan mengambil perhatian serius dalam hal ini agar kita dapat membangunkan tanpa memusnahkan bukannya membangunkan untuk memusnahkan sesuatu tempat itu. Dengan ini barulah kita sentiasa berada pada landasan yang betul dalam mencapai WAWASAN 2020.