Friday, August 31, 2007

Pada 27 ogos yang lalu,satu taklimat yang diberikan oleh ahli jawatan kuasa mengenai jadual yang akan kami lalui disana. Prof Hamzah telah mengarahkan ahli jawatan kuasa untuk membuat temu janji terlebih dahulu terutamanya agensi-agensi yang akan terlibat,seperti Majlis Daerah,Bomba,Persatuan Peniaga kecil untuk memudahkan proses sepanjang di sana.Beliau juga mencadangkan agar jadual perjalanan disediakan lebih terperinci bagi memudahkan pemandu bas mengetahui masa dengan lebih tepat. Dari hasil perbincangan yang telah diadakan kami telah dapat membuat gambaran awal dan dapat menyusun kerja-kerja kami agar lebih teratur dan mendapat hasil yang mantap.
Pada 24 ogos yang lalu,kami telah menghantar kertas kerja bersama-sama soalan yang akan di temu ramah pada Prof. Hamzah,selaku penyelaras kursus untuk di semak.Hasil dari perbincangan bersama beliau,beberapa aspek telah diperbaharui,antaranya cara-cara metodologi selain yang dicadangkan.Kami akan mengemukakan perkembangan-perkembangan berdasarkan kajian kami dari masa ke semasa berkaitan dengan kesan banjir tehadap pembangunan setempat.

kertas kerja

Tajuk:Kesan Banjir di Kota Tinggi terhadap pembangunan setempat
Objektif kajian:
Mengenalpasti jenis-jenis kerosakan yang berlaku akibat dari banjir.
Mengenalpasti samada bangunan-bangunan yang rosak telah dibaikpulih kembali.
Mengenalpasti badan-badan yang membantu dalam membaikpulih kembali infranstruktur yang rosak.
Merapatkan silaturrahim antara penduduk kampung dan pelajar kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar.
Memperluaskan pengetahuan mahasiswa/i mengenai isu semasa.
Melengkapkan salah satu elemen dalam kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar.
Memberikan informasi kepada masyarakat luar mengenai kejadian banjir yang berlaku di Kota Tinggi, Johor.
Metodologi:
Soal selidik (sila rujuk Lampiran 2)
Temu ramah
Pemerhatian secara langsung tentang jenis-jenis kerosakan di:
-sekitar kawasan kampung,
-sekitar kawasan bandar.

pilOt stUdy

Pada 2 dan 3 ogos lalu,sekumpulan pelajar UKM telah melawat ke Kota Tinggi yang diwakili setiap ketua kumpulan dan Pengarah serta beberapa lagi jawatankuasa untuk melakukan pilot study.Kumpulan saya telah diwakili oleh Khairul Idzuan iaitu ketua kumpulan saya. Matlamat pilot study tersebut untuk mendapatkan gambaran awal serta menguruskan dan memudahkan segala urusan kami ketika melakukan kerja lapangan nanti,seperti penginapan dan sebagainya.Sepanjang mereka disana,mereka telah diberi pendedahan awal mengenai banjir hasil taklimat yang diberikan oleh wakil dari penduduk kampong dan pegawai daerah.Selain itu,hasil daripada lawatan tersebut,kami telah dapat memberikan tugas-tugas yang akan diberikan hasil daripada lawatan di sekitar Kampung Kelantan dan disekitar Bandar Kota Tinggi.

Sunday, August 19, 2007

Introduction

Sejumlah kira-kira 1000 orang daripada 250 buah keluarga di Kota Tinggi dan Johor Bahru Tengah telah dipindahkan ke 5 buah pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka mula ditenggelami air banjir pada jam 3 pagi 25 Januari 2004 sedalam 2 hingga 3 meter. Di Johor Bahru, kawasan yang terlibat ialah Kampung Laut, Kampung Pasir, Kampung Tengah, Kampung Oren, Kampung Muhibbah, Ulu Tiram dan Kampung Pertanian di Masai. Manakala banjir di daerah Kota Tinggi pula melibatkan Kampung Batu 25, Kampung Sungai Telor, Kampung Seri Jaya, Kampung Aman, Kampung Sepak dan Kampung Sungai Berangan. Limpahan air Sg. Semalok juga telah mengakibatkan KM14 Jalan Sedili Kota Tinggi-Mersing dinaiki air setinggi 0.5 meter. Jalan Lukut Cina, Jalan Mawai Batu 1, Jalan Mersing Batu 14 dan jalan dalam Bandar turut dibanjiri. Sehingga laporan ini ditulis, kemusnahan dan kerosakan akibat banjir belum lagi dapat ditaksirkan. Dilampirkan keratan akhbar mengenai kejadian banjir tersebut. Dilampirkan juga peta kawasan banjir bagi daerah Kota Tinggi dan Johor Bahru.



Faktor Berlakunya Banjir di Kota Tinggi.

Pemanasan Global

Konsentrasi dari karbon dioksida di dalam atmosfera telah meningkat hamper 24% semenjak serbuan industrialisasi pada abad ke 18.Kesan-kesan lain seperti penggondolan hutan,pembakaran terbuka dan lain-lain juga merupakan antara factor penambahan kandungankarbon dioksida yang telah dilepaskan. Ini telah bayak memberi kesan ke atas pemanasan global. Jikakesan ini tidak diatasi dari semasa ke semasa, ia akan memberi kesan yang besar ke atas iklim dunia dan in antara factor penyumbang berlakunya banjir di Johor dan Kota Tinggi khususnya kerana banyak hutan-hutan di sekelilingnya telah digondolkan oleh kerakusan manusia yang hanya memikirkan keuntungan individu tanpa memikirkan kesannya yang akan berlaku di masa mendatang.

Penambakan Laut

Penambakan laut di Pulau Ubin dan Pulau Tokong Besar termasuklah penambakan laut oleh Repulik Singapura telah menyebabkan laluan air sungai tersekat di muara dan menyebabkan air sungai tersekat apabila hujan lebat

Pertembungan Angin

Pertembungan angin timur laut dan angina barat daya juga telah merubah keadaan taburan hujan yang telah berlaku dn memberi kesan kepada berlakunya banjir di selatan tanah air. Ini merupakan fenomena yang jarang berlaku dan penduduk mahupun kerajaan tidak dapat mengesan dan menganani segera bencana ini sehinggakan berlaku kemusnahan besar di kebanyakan tempat di selatan Negara.

Sunday, August 12, 2007

Floods In Johor Worsen, Kota Tinggi Severely Inundated

In less than a month, Kota Tinggi has been hit again by floods. Its major road arteries have again been cut off except for Jalan Johor Baharu-Sungai Sayong-Kota Tinggi.The water level of Sungai Johor, runs through the historic town, had breached the danger level and now was at 2.9 metres.The road to Mersing could only be used by heavy vehicles as the Jalan Mersing-Sri Perani road was flooded under 0.5 metres of water.As for other areas in JOHOR, Kluang recorded the highest number of evacuees at 6,482 people, followed by South Johor Baharu with 5,720 victims; North Johor Baharu (3,021), Batu Pahat (913), Segamat (465), Pontian (91) and Mersing (62).The non-stop rain flooded several roads in downtown Johor Baharu between 0.3 to 0.5 metres of water making them passable to only heavy vehicles.A Johor Education.So far no new casualties have been reported, keeping the death toll due floods in the state 15 killed since the disaster struck three weeks ago.