Saturday, October 13, 2007

Bukti-bukti antara usaha kerajaan ke arah pembangunan yang mampan di daerah Kota Tinggi

Pelbagai usaha dan bantuan telah disalurkan kepada penduduk di daerah Kota Tinggi. Antaranya seperti membantu dalam menyalurkan wang bagi mangsa banjir untuknmeneruskan hidup mereka. Selain itu bantuan makanan dan pakaian juga disalurkan kepada mereka. Mungkin bantuan ini masih tidak mampu untuk menstabilkan hidup mereka namun sekurang-kurangnya ia telah dapat mengurankan beban yang dialami oleh mereka akibat dari banjir ini.

Usaha ini sahaja tidak mungkin dapat mengembangkan daerah Kota Tinggi dan membantu penduduk di sekitar Kota Tinggi. Oleh itu kerajaan sendiri telah memikirkan usaha-usaha lain bagi membantu penduduk untuk mengurangkan beban mereka sekaligus dapat memulihkan kembali keadaan di daerah Kota Tinggi seperti sedia kala. Ini bagi memacu mereka kea rah pembangunan mampan dan berkesan agar tidak ketinggalan jauh dalam keadaan negara yang sedang pesat membangun. Antara usaha-usaha kerajaan dalam membantu ke arah ini adalah seperti:



KERAJAAN MEMBANTU SERTA MENGURANGKAN BEBAN PENIAGA DENGAN MENAIKTARAF GERAI KEPUNYAAN PENDUDUK.


Dalam usaha meneruskan pembangunan RMK-9, kerajaan tidak dapat tidak telah membantu golongan peniaga dalam mengembangkan dan mengurangkan beban kerugian mereka akibat dari banjir yang melanda baru-baru ini. Ini telah ditunjukkan sendiri oleh mereka mengeluarkan tender kepada kontraktor-kontraktor untuk membangunkan kembali tapak-tapak perniagaan yang sebelum ini telah musnah akibat banjir. Antaranya seperti:

Membaikpulih gerai dan Pasar Sedih Besar, K.T.
Menaiktaraf gerai medan selera Sanggar Kota.
Menaiktaraf gerai runcit di pasar awam, K.T.

KERAJAAN MEMBANTU DALAM MEMPROMOSIKAN KOTA TINGGI SEBAGAI KAWASAN PELANCONGAN.

Setiap apa yang dilakukan adalah saling berkait. Dengan menaiktaraf tempat-tempat sebegini, kerajaan juga secara tak langsung telah mempromosikan Kota Tinggi sebagai tempat pelancongan. Di sini telah menunjukkan sendiri betapa pembangunan Bandar dapat membantu dalam proses urbanisasi. Faktor ini amat penting dan merupakan faktor penyumbang terbesar kearah proses urbanisasi. Antara usaha kerajaan ke arah mempromosikan Kota Tinggi ialah dengan:

Membina sebuah pusat membeli-belah yang baru sahaja dibuka.
Menaiktaraf pejalan kaki dan lampu taman di Dataran Kota.
Menaiktaraf pencahayaan di Taman di Laman Tun Sri Lanang.

No comments: