Saturday, September 8, 2007

Sabtu,1hb September 2007
-8.45am:Pelajar-pelajar yang akan membuat kerja lapangan di Kota Tinggi berkumpul di Foyer FSSK.Sementara menunggu bas,pihak jawatankuasa mengambil peluang untuk mengutip duit bagi pembatyaran bilik penginapan bagi pelajar yang masih belum menjelaskan.
-9.00am:Bas pengangkutan tiba.Sebanyak 3 buah bas yang hadir dan pelajar di asingkan mengikut tahun pengajian.Bas bertolak.
-9.20am:Berhenti di r&r Seremban untuk sarapan
-10.00am:Pelajar kembali berkumpul di bas dan meneruskan perjalanan.
-1.45pm:Tiba di Kota Tinggi.Oleh kerana masa untuk mendaftar masuk bilik adalah pada pukul 2.45pm,pelajar dilepaskan untuk pergi makan tengahari di sekitar Bandar Kota Tinggi dan diarahkan berkumpul semula di bas pada pukul 2.30pm
-2.35pm:Kami berjalan kaki dari tempat perhentian bas pengangkutan kami ke Hotel Waterlilies(bagi pelajar lelaki) dan Hotel Pilton(bagi pelajar perempuan). Setiba di Hotel Waterlily,terdapat masalah oleh kerana bilik yang terlalu kecil dan kapasiti pelajar yang terpaksa berkongsi bilik tersebut amat ramai.Oleh kerana keperihatinan pihak pengurusan hotel,mereka telah memberi kami 3 buah bilik percuma,dan membuatkan kami berasa lebih selesa.
-4.00pm:Aktiviti pada petang tersebut terpaksa di batalkan akibat hujan.Kumpulan saya mengambil peluang tersebut untuk melakukan pemerhatian di sekitar Bandar dan melakukan beberapa temuramah dengan beberapa penduduk di situ,serta melawat kawasan sekitar Sg.Johor .
-6.00pm:Selesai pemerhatian di Bandar,dan mendapat sedikit inout hasil dari pemerhatian dan temu ramah bersama penduduk.
-8.00pm:Setelah pulang dari makan malam,kumpulan kami membuat sedikit perbincangan mengenai hasil aktiviti kami di pada petang tadi dan membuat agihan tugasan pada petang tersebut.
Ahad,2hb September 2007
-8.00am:Pelajar bersarapan pagi
-9.00am:Pelajar berkumpul ditempat perhentian bas pengangkutan kami.sedikit taklimat mengenai aktiviti pada pagi tersebut di beri oleh wakil jawatankuasa.Bas di bahagikan kepada 3 destinasi,iaitu ke kg. Kelantan,kg tembiuh dan kawasan perumahan.Pelajar di beri pilihan untuk mengambil mana-mana bas mengikut keperluan masing-masing.
-11.30am:Pelajar pulang ke hotel,dan diberi kelepasan untuk makan tengahari dan melakukan aktiviti bebas.
-2.00pm-Lawatan ke Desaru terpaksa di batalkan akibat hujan.Kumpulan kami mengambil peluang ini untuk bersiar-bersiar di sekitar Bandar dan melakukan beberapa tinjauan dan mengambil beberapa gambar yang berkaitan dengan tajuk yang akan kami kaji.
5.30pm:Rombongan sebanyak 2 buah bas untuk melawat rumah salah seorang pelajar di Felda Air Hitam.Ada sesetengah kumpulan yang tidak mengikuti kerana masih lagi melakukan kerja lapangan sekitar Bandar.
-7.30pm:Tiba di hotel
-9.00pm:Setelah pulang dari makan malam,kami diberikan kebebasan untuk melakukan aktiviti masing-masing.Kumpulan saya mengambil peluang ini untuk berbincang hasil dari kerja lapangan pada pagi tadi.Gambar-gambar yang diperoleh dipindah ke computer,dan berbincang mengenai tugasan yang akan di lakukan pada pagi esok.
Isnin,3hb September 2007
-8.00am:Pelajar dilepaskan untuk bersarapan
-9.00am-Para pelajar di beri taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada pagi tersebut.Bas disediakan untuk ke Pejabat Daerah.Pelajar diberi kebebasan untuk memilih destinasi masing-masing.Hanya sebuah bas sahaja yang bertolak ke Pejabat Daerah,selebihnya mengambil keputusan untuk melakukan kerja lapangan di sekitar Bandar.
-9.15am-Tiba di Pejabat Daerah.Wakil kami membuat temujanji dan pihak pentadbiran bersetuju untuk membuat sedikit taklimat
-10.00am-Satu taklimat telah diberikan oleh wakil dari pihak Pejabat Daerah.Sesi soal jawab telah diadakan,dan oleh kerana kekurangan sumber yang tepat,wakil Pejabat Daerah telah mencadangkan agar kumpulan-kumpulan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut supaya pergi sendiri ke jabatan-jabatan dan boleh mendapatkan maklumat lengkap.
-11.30:Oleh kerana terpaksa mendaftar keluar hotel pada pukul 1.00pm,kami mengambil kepuusan untuk pulang ke hotel dan mendaftar keluar,dan menyambung semula kerja lapangan pada pukul 2.00pm
-1.50pm:Setelah mendaftar keluar hotel dan selepas makan tengahari,pelajar-pelajar berkumpul semula di tempat perhentian bas.Oleh kerana terdapat kumpulan yang telah menyiapkan kajian mereka,maka pelajar dipecahkan menaiki bas mengikut keperluan mereka.Bagi pelajar yang perlu menyambung kerja lapangan di Pejabat Daerah,sebuah bas disediakan dan 2 buah bas lagi akan pulang ke ukm.Kumpulan kami masih lagi perlu meneruskan kerja lapangan di Pejabat Daerah.
-2.00pm:Tiba di Pejabat Daerah.pelajar berpecah mengikut kumpulan masing-masing dan pergi ke jabatan-jabatan yang berkenaan untuk mendapatkan data-data seperti JKR,Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya.
-4.00pm:Pelajar berkumpul untuk pulang semula ke UKM setelah melakukan tugas masing-masing.Terdapat wajah-wajah keriangan,tidak juga wajah kepenatan.Kebanyakan pelajar mengambil peluang untuk berehat dan tidur di dalam bas sepanjang perjalanan pulang.
-9.00pm:Tiba di UKM
Setelah kumpulan kami pergi dan melihat sendiri keadaan di Kota Tinggi, begitu banyak kerosakan yang telah dialami akibat dari bencana banjir yang telah melanda Kota Tinggi baru-baru ini. Kemusnahan yang dialami kebanyakannya melibatkan perkembangan kepada urbanisasi di Bandar tersebut dan ini nyata telah membantut perkembangan Bandar dan urbanisasi Bandar tersebut. Kebanyakan kemusnahan melibatkan perjalanan aktiviti penduduk seperti keadaan jalan,rumah,rumah kedai,bank, dan lain-lain yang telah mengalami kerosakan. Ia saling berkait dan perlu diselesaikan satu persatu dan mengambil masa untuk pulih kembali seperti biasa. Di sini saya ingin menyatakan perjalanan kami kerja lapangan kami sepanjang dua hari disana.