Saturday, October 13, 2007

KESIMPULAN

Oleh yang demikian pembangunan setempat tak kira dari apa segi tetap memberikan sumbangan yang besar ke arah membantu dalam proses urbanisasi. Ini adalah antara faktor kenapa kerajaan begitu mengutamakan pembangunan semula di Kota Tinggi dengan kadar segera agar ia tidak ketinggalan sejajar dengan WAWASAN 2020 yang bakal menjelma. Tanpa sumbangan dan usaha sebegini matlamat negara mungkin terbantut dan tidak tercapai seperti yang diinginkan. Kita sendiri tidak ingin melihat matlamat yang sering diperkatakan hanya sekadar menjadi angan-angan yang tidak berkesudahan. Namun ia perlu juga dikawal kerana factor besar yang membawa kepada berlakunya banjir turut disumbangkan oleh pembangunan yang tidak terkawal. Sebagai contoh projek penambakan laut di muara Sungai Johor. "Penambakan di kedua-dua pulau berkemungkinan menyebabkan laluan air sungai tersekat di muara dan jika berlaku hujan lebat di kawasan pedalaman, maka air yang kebiasaannya boleh keluar dengan lancar akan terhalang. Ini menunjukkan bahawa aktiviti pembangunan yang tak terkawal boleh membawa kepada bencana yang tidak disangka. Selain itu, projek-projek penambakan kawasan-kawasan hutan bakau di tebing-tebing sungai untuk tujuan pembangunan dikawal, kerana pokok-pokok bakau itu mempunyai fungsi menyerap air hujan.Oleh itu semua orang perlu prihatin dan mengambil perhatian serius dalam hal ini agar kita dapat membangunkan tanpa memusnahkan bukannya membangunkan untuk memusnahkan sesuatu tempat itu. Dengan ini barulah kita sentiasa berada pada landasan yang betul dalam mencapai WAWASAN 2020.

No comments: