Friday, August 31, 2007

Pada 27 ogos yang lalu,satu taklimat yang diberikan oleh ahli jawatan kuasa mengenai jadual yang akan kami lalui disana. Prof Hamzah telah mengarahkan ahli jawatan kuasa untuk membuat temu janji terlebih dahulu terutamanya agensi-agensi yang akan terlibat,seperti Majlis Daerah,Bomba,Persatuan Peniaga kecil untuk memudahkan proses sepanjang di sana.Beliau juga mencadangkan agar jadual perjalanan disediakan lebih terperinci bagi memudahkan pemandu bas mengetahui masa dengan lebih tepat. Dari hasil perbincangan yang telah diadakan kami telah dapat membuat gambaran awal dan dapat menyusun kerja-kerja kami agar lebih teratur dan mendapat hasil yang mantap.

No comments: