Sunday, August 19, 2007

Introduction

Sejumlah kira-kira 1000 orang daripada 250 buah keluarga di Kota Tinggi dan Johor Bahru Tengah telah dipindahkan ke 5 buah pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka mula ditenggelami air banjir pada jam 3 pagi 25 Januari 2004 sedalam 2 hingga 3 meter. Di Johor Bahru, kawasan yang terlibat ialah Kampung Laut, Kampung Pasir, Kampung Tengah, Kampung Oren, Kampung Muhibbah, Ulu Tiram dan Kampung Pertanian di Masai. Manakala banjir di daerah Kota Tinggi pula melibatkan Kampung Batu 25, Kampung Sungai Telor, Kampung Seri Jaya, Kampung Aman, Kampung Sepak dan Kampung Sungai Berangan. Limpahan air Sg. Semalok juga telah mengakibatkan KM14 Jalan Sedili Kota Tinggi-Mersing dinaiki air setinggi 0.5 meter. Jalan Lukut Cina, Jalan Mawai Batu 1, Jalan Mersing Batu 14 dan jalan dalam Bandar turut dibanjiri. Sehingga laporan ini ditulis, kemusnahan dan kerosakan akibat banjir belum lagi dapat ditaksirkan. Dilampirkan keratan akhbar mengenai kejadian banjir tersebut. Dilampirkan juga peta kawasan banjir bagi daerah Kota Tinggi dan Johor Bahru.



Faktor Berlakunya Banjir di Kota Tinggi.

Pemanasan Global

Konsentrasi dari karbon dioksida di dalam atmosfera telah meningkat hamper 24% semenjak serbuan industrialisasi pada abad ke 18.Kesan-kesan lain seperti penggondolan hutan,pembakaran terbuka dan lain-lain juga merupakan antara factor penambahan kandungankarbon dioksida yang telah dilepaskan. Ini telah bayak memberi kesan ke atas pemanasan global. Jikakesan ini tidak diatasi dari semasa ke semasa, ia akan memberi kesan yang besar ke atas iklim dunia dan in antara factor penyumbang berlakunya banjir di Johor dan Kota Tinggi khususnya kerana banyak hutan-hutan di sekelilingnya telah digondolkan oleh kerakusan manusia yang hanya memikirkan keuntungan individu tanpa memikirkan kesannya yang akan berlaku di masa mendatang.

Penambakan Laut

Penambakan laut di Pulau Ubin dan Pulau Tokong Besar termasuklah penambakan laut oleh Repulik Singapura telah menyebabkan laluan air sungai tersekat di muara dan menyebabkan air sungai tersekat apabila hujan lebat

Pertembungan Angin

Pertembungan angin timur laut dan angina barat daya juga telah merubah keadaan taburan hujan yang telah berlaku dn memberi kesan kepada berlakunya banjir di selatan tanah air. Ini merupakan fenomena yang jarang berlaku dan penduduk mahupun kerajaan tidak dapat mengesan dan menganani segera bencana ini sehinggakan berlaku kemusnahan besar di kebanyakan tempat di selatan Negara.

No comments: